Assalamualaikum semua....
Tanggal 17 ogos 2010... Tarikh yang menguji seluruh ahli keluargaku... Abah yang kami sayang xcden ketika mahu ke tempat kerja... Mama & abang sepi tidak menelefon tentang perkhabaran ini... Sayu hatiku tapi aku terima alasanmu wahai mama...
Dari aku bangun ingin sahur hati ku berdetik untuk menelefon abahku tapi aku pendamkan dahulu disebabkan mataku yang tidak dapat tertahan untuk menutup mata...lalu lepaz sahur n subuh aku kembali memejamkan mata...selepas itu pada pukul 9.30 pagi aku bangun untuk mandi n bersiap untuk ke kelas...tapi akal n hatiku masih ingin mama n abah di kampung...namun aku lewatkan lagi untuk menelefon mereka...dalam hatiku nantilah lepas kelas aku akan telefon....namun lepas kelas lagi sekali aku lalai aku terus melelapkan mata selepas aku solat zohor...bangun solat zohor aku bersiap untuk ke bazaar Ramdhan bersama rakan2ku...aku berjanji selapas berbuka puasa aku akan menelefon abah @ mama...namun selepas berbuka n aku ingin bersolat magrib aku mendapat mesej dari kakak ku menanyakan sama ada aku di dalam kelas @ tidak...lalu jariku lincah menjawab x...dalam hati aku rasa sudah lain macam kerana kakakku jarang mesejku jika tiada perkara penting...lalu aku mendapat panggilan dari kakakku...kakakku berkata :
"aku nak cakap something ni tapi jgn bagi tau mak tau...dalam hatiku kakak nak bertunang k takot nak ckp gn mama n abah...namun tekaan ku meleset bila kakakku mengatakan abah excden pagi tadi ketika pergi kerja...wajahku sudah mula tidak berdarah...kakakku menyambung jangan risau abah tak de apa2 cuma patah tulang bahu, 2 tulang rusuk n tulang belakang...lirih aku mendengar kata2 kakak...berkali2 kakak mengatakan jgn risau abah xde apa2 cuma lepaz ni abah dah x boleh bekerja lagi..."
Ya Allah dugaan ramadhan untuk aku n keluarga...bila tunjang keluarga tidak boleh lagi bekerja berat n tidak bekerja...
Sesak dada ku mendengar perkhabaran abah...aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan abah...esok jika Allah mengizinkan aku baru dapat melihat keadaan abah yang sebenarnya...tidak puas rasanya jika tidak dapat melihat keadaan abah dengan mata sendiri dari terus mendengar dari mama, abg n kakak...
sekian sahaja nukilan hatiku...
walaupun banyak lagi ingin aku katakan namun cukuplah sekadar di sini...
nanti akan kau coretkan keadaan abahku dari masa ke masa...
moga abah cepat sembuh...
anakmu : nurulaini
Blogger Templates
No comments:
Post a Comment